Alih Bahasa:

BENGKEL TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN & PERAKAUNAN 2023

BENGKEL PENGURUSAN KEWANGAN 2023 SPMB : TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN & PERAKAUNAN – PENYEDIAAN, SEMAKAN DAN PELARASAN

LANGKAWI (19-21 JULAI 2023) –  Majlis Agama Islam Negeri Kedah melalui Bahagian Kewangan Dan Pelaburan telah menganjurkan ”BENGKEL PENGURUSAN KEWANGAN 2023 – SPMB : TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN & PERAKAUNAN – PENYEDIAAN, SEMAKAN DAN PELARASAN” bertempat di Langkapuri Resort bermula 19 hingga 21 Julai 2023. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman untuk menguruskan belanjawan dan perakaunan dalam urusan penyediaan, penyemakan dan pelarasan kepada kakitangan yang terlibat.

Dalam ucaptama yang disampaikan oleh Puan Normurni Binti Mohd Yatim selaku Akauntan Majlis Agama Islam Kedah, beliau berhasrat supaya kakitangan yang terlibat di dalam bengkel ini dapat mengaplikasikan pengurusan tatacara kewangan yang telah digunapakai di Majlis Agama Islam Kedah dengan betul dan berkesan serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Bengkel selama 3 hari 2 malam yang dikendalikan oleh Puan Rubita Binti Ahmad  selaku Penolong Akauntan Majlis Agama Islam Kedah telah memperincikan tatacara penggunaan Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu yang digunakan di Majlis Agama Islam Kedah. Ia meliputi 5 komponen yang terlibat dan fokus utama diberi kepada Sistem Perakaunan Dan Belanjawan.

Justeru dengan itu, Bahagian Kewangan dan Pelaburan Majlis Agama Islam Kedah berharap agar kakitangan yang terlibat di dalam bengkel ini dapat mempraktikan ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan dengan lebih berkesan.
Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON UTARA BAGI TAHUN 2025M/1446H

24 March 2025

PUSBA (22 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH ZON SELATAN BAGI TAHUN 2025M/1446H

23 March 2025

PUSBA (21 MAC 2025) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR KELAS MINGGUAN DAERAH...

BAITULMAL MAIK MENYANTUNI PESAKIT TERLANTAR DALAM DAERAH KOTA SETAR

14 March 2025

13 Mac 2025, Alor Setar – Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

PROGRAM BANTUAN TAJAAN MAKANAN (FIDYAH) KEPADA PELAJAR ASNAF DI UUM

10 March 2025

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menyantuni mahasiswa...

CERAMAH IHYA RAMADHAN

4 March 2025

PUSBA (2 MAC 2025) CERAMAH IHYA RAMADHAN  Alhamdulillah telah dianjurkan satu program...

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025

23 January 2025

PUSBA (23 JANUARI 2025) PROGRAM ORIENTASI PELAJAR SESI 1/2025 Telah dijalankan satu...

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.