Alih Bahasa:

17 Mei 2023 : Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah menganjurkan Hari Apresiasi Pewakaf di The Jerai Hotel, Alor Setar sebagai tanda menghargai para pewakaf terutamanya yang berada di negeri Kedah. Majlis Apresiasi Pewakaf  diadakan sebagai usaha meraikan jalinan kerjasama erat antara YWM dan MAIK dalam usaha memperkasakan wakaf di negeri Kedah.  Seramai 100 orang pewakaf YWM dan MAIK telah dijemput dan diraikan di mana mereka adalah antara pewakaf yang telah mewakafkan tunai secara potongan gaji menggunakan kod potongan gaji YWM iaitu 4474 atau secara one-off dan termasuk juga para pewakaf yang mewakafkan aset atau harta tidak alih mereka kepada MAIK. Menerusi majlis yang sama juga, sejumlah RM25,550 menggunakan Dana Manfaat Wakaf YWM dan Dana CSR YWM telah disumbangkan oleh YWM kepada MAIK. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM10,000 daripada Dana Manfaat Wakaf YWM telah disumbangkan bagi tujuan Pembinaan Pusat Pelupusan Al-Quran dan sejumlah RM10,550 lagi disumbangkan bagi tujuan pelaksanaan Projek Infak Mini SPBT untuk Murid-Murid KAFA di negeri Kedah. Manakala dengan menggunakan peruntukan Dana CSR YWM, sejumlah RM5,000 telah disumbangkan kepada Pusat Jagaan Darul Aitam Wal Masakin Sultanah Haminah. Sumbangan cek cura telah disampaikan oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM kepada Dato’ Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Zainuddin, Setiausaha MAIK MAIK juga berbesar hati menyampaikan sumbangan duit raya kepada 20 penghuni Pusat Jagaan Darul Aitam Wal Masakin Sultanah Haminah dan menyerahkan sijil penghargaan kepada agensi-agensi yang berwakaf kepada MAIK.

Facebook
WhatsApp
Twitter

KATEGORI

AllBaitulmalWakafKewangan & AkaunPUSBAICT

PENYERAHAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK PULAU CHAPA, KUBANG PASU

16 Julai 2025 – Rabu (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH PEMEGANG AMANAH YAYASAN WAKAF MALAYSIA SIRI 49

10 Julai 2025 – Putrajaya: Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Abd. Ghani...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK DATARAN MUDA, KUALA MUDA

26 Jun 2025 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Zamri...

PENYERAHAN SUMBANGAN KABIN BILIK GURU KAFA DI SK FELDA LAKA SELATAN

25 Jun 2025 (Kubang Pasu) – Yang Berusaha Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi...

PENYERAHAN BANTUAN SUMBANGAN BAITULMAL KEPADA PESAKIT TERLANTAR BERSAMA JKM DAN LZNK

19 Jun 2025 – Kuala Muda: Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah...

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN ASAS FARDHU AIN SAUDARA MUSLIM PERINGKAT 2 DIVISYEN TAHUN 2025

PUSBA (5 JUN 2025) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI BAGI KURSUS BIMBINGAN...

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.