31 Mac 2023 – Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berkenan berangkat hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Ihsan, Tongkang Yard, Alor Setar Kedah hari ini.
Keberangkatan Baginda di sambut oleh Yang Berhormat Dato’ Wan Romani bin Wan Salim Wakil Kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah serta Yang Amat Arif Dato’ Syeikh Abd Rahman Bin Abdullah Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah.
Baginda berkenan menunaikan solat Jumaat, bergambar kenangan serta membayar Zakat Fitrah yang diterima oleh Dato’ Syeikh Zakaria Bin Othman Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah berkenan berangkat pulang pada jam 2:40 petang diikuti kepulangan Yang Berhormat Dato’ Wan Romani bin Wan Salim Wakil Kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah.
Telah dilihat : 1,288