Alor Setar (04 Disember 2022 ) – Pihak Baitukmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah menyampaikan sumbangan kiosk niaga kepada peniaga-peniaga yang terpilih untuk membantu para peniaga di Negeri Kedah menjana pendapatan di samping dapat meningkatkan tahap sosio ekonomi para peniaga. Majlis sumbangan ini telah disempurnakan oleh Tuan Syeikh Ahmad Zaki Bin Haji Ghazali (Ketua Bahagian Baitulmal). Terdahulu pihak Baitulmal telah menyampaikan sumbangan kiosk niaga ini sebanyak 3 unit kepada penduduk di daerah Yan dan 3 unit kepada penduduk di Padang Terap melalui kerjasama Majlis Daerah Yan dan Majlis Daerah Padang Terap. Pihak Baitulmal akan cuba membantu penduduk di Negeri Kedah melalui menyediakan peralatan seperti khemah niaga, kiosk niaga dan lain-lain kelengkapan perniagaan yang difikirkan perlu. Semoga dengan pemberian sumbangan seumpama ini dapat meringankan beban para peniaga dan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka di masa akan datang. In sya Allah.
Telah dilihat : 2,001