Kupang, Baling (05/07/2022) – Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah turut bersama turun padang menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir yang berlaku di Kampung Sadek, Kupang, Daerah Baling. Sumbangan ini diketuai oleh Tuan Syeikh Ahmad Zaki Bin Ghazali, Ketua Bahagian Baitulmal dan kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Semoga dengan pemberian sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir di kawasan tersebut.
Telah dilihat : 1,204