Alih Bahasa:

TUJUAN SUMBANGAN

Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), berpendapatan rendah dan peniaga kecil untuk bekerja menyara diri dan tanggungan.

PEMOHON YANG LAYAK

  • Golongan Orang Kurang Upaya
  • Peniaga Kecil / Penjaja Motosikal
  • Penghantar Makanan / Barang bermotosikal

KAEDAH PERMOHONAN

Pemohon yang berkelayakan boleh membuat permohonan dengan mengemukakan Borang Bantuan Motosikal Baitulmal MAIK bersama-sama dokumen sokongan seperti berikut:-

    • SALINAN KAD PENGENALAN
    • SALINAN KAD PENGENALAN TANGGUNGAN/ISI RUMAH
    • SALINAN LESEN MEMANDU
    • SALINAN KAD OKU (BAGI PEMOHON OKU)
    • PENGESAHAN RAWATAN DARI HOSPITAL ATAU KLINIK KESIHATAN KERAJAAN YANG DISAHKAN (JIKA BERKAITAN)
    • PENYATA PENDAPATAN ATAU SURAT PENGESAHAN PENDAPATAN

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

    • Warganegara Malaysia
    • Bermastautin di negeri Kedah Darul Aman
    • Mempunyai lesen memandu yang sah (Kelas: A (Kenderaan OKU) / B2 (Motosikal <250cc) / C (Motosikal Roda Tiga)
    • Tidak mempunyai motosikal atau apa-apa kenderaan lain
    • Pendapatan isi keluarga kurang daripada RM2,000.00 sebulan
    • Keperluan motosikal bagi kegunaan bekerja dan menyara hidup

Klik di sini untuk muat turun borang permohonan.

Permohonan adalah terhad dan tertakluk kepada syarat-syarat dan kelulusan Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Unit Bantuan Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman di talian atau melalui email seperti di bawah :-

Telefon: 04-702 6200 ext. 6249 atau 6250
eMel: maik@kedah.gov.my

Permohonan hendaklah dihantar ke kaunter melalui serahan tangan atau pos ke alamat seperti berikut:-

Ketua Bahagian Baitulmal
Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman
05000 Alor Setar
Kedah Darul Aman
(u/p: Unit Bantuan)

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.