Projek Pembangunan Ekonomi merupakan inisiatif Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) di dalam membantu masyarakat dengan menyediakan tanah yang berpotensi untuk dibangunkan bagi menjana pendapatan disamping membantu kerajaan negeri Kedah di dalam pembangunan ekonomi. Berikut antara tanah berpotensi yang telah dibangunkan dan sedang diusahakan di sekitar negeri Kedah.
Tarikh Kemaskini : 29 Ogos 2024
1) Pembangunan Taman Sultan Sallehuddin
Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah
No.Hakmilik : Lot : 240, 241, 242 Dan 243 Keluasan : Mukim : Telok Chengai Lokasi : Telok Chengai Pegusaha : Pajakan kepada Pemaju Syarat Tanah : Bendang
Cadangan Pembangunan Usahasama di antara MAIK dan UDA WAQF Bagi Pembangunan Taman Sultan Sallehudin Yang Terletak di atas Lot 240, 241, 242 Dan 243 Mukim Teluk Chengai , Jalan Kuala Kedah , Alor Setar Kedah
No.Hakmilik : Lot : 240, 241, 242 Dan 243 Keluasan : Mukim : Telok Chengai Lokasi : Telok Chengai Pegusaha : Pajakan kepada Pemaju Syarat Tanah : Bendang
STATUS TERKINI PROJEK
Tanah ini merupakan tanah wakaf khas bagi tiga masjid iaitu Masjid Derga, Masjid Jabi dan Masjid Teluk Chengai.
Telah dibentangkan di dalam mesyuarat J/K Pelaburan Pembangunan Tanah Wakaf dan Baitulmal dan Mesyuarat MAIK bersetuju melantik Bksc Synergy Sdn Bhd .
Walaubagaimanapun Syarikat Bksc Synergy Sdn Bhd telah menarik diri melalui surat bertarikh 07 Julai 2015 Ruj: M/BD/BKSC/MAIK/008/15
Melalui Jawatankuasa Rundingan yang dilantik oleh J/K Pelaburan Pembangunan Tanah Wakaf dan Baitulmal akan mempertimbangkan semula tawaran daripada Uda Holding Sdn Bhd.
Akan dibincangkan semula dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan akan datang.
Projek di tangguhan sementara kerana pandemik serta kenaikan harga kos bahan binaan dan akan dimaklumkan semula selepas mesyuarat MAIK.
Projek ini telah berjalan semula pada tahun 2022. Projek ini dimulakan dengan pembinaan Fasa 1 iaitu kedai pejabat, pencawang elektrik, mini PPU dan infrastruktur. Status kemajuan kerja pembinaan Fasa 1 ini adalah sebanyak 89.1% setakat 24 Januari 2024.
2) Pembinaan Tempat Letak Kereta (TLK) dan Tempat Letak Motosikal (TLM) Berbayar
Jalan Limbong Kapal, Alor Setar, Kedah
No.Hakmilik : GRN 19523 Lot : Sebahagian Lot 319 Keluasan : 2.7 Hektar Mukim : Kota Setar Lokasi : Limbong Kapal Perunding Arkitek: Akashah Architect & Associates Sdn Bhd. Syarat Tanah: Pajakan 99 Tahun
Pembinaan Tempat Letak Kereta (TLK) Dan Tempat Letak Motosikal (TLM) Berbayar Beserta Kemudahan Lain Yang Berkaitan.
No.Hakmilik: GRN 19523 Lot: Sebahagian Lot 319 Keluasan: 2.7 Hektar Mukim: Kota Setar Lokasi: Limbong Kapal Perunding Arkitek: Akashah Architect & Associates Sdn Bhd. Syarat Tanah: Pajakan 99 Tahun
STATUS TERKINI PROJEK
Projek ini telah siap dibina pada 10 Mei 2022
3) Projek Tanaman Jagung
Pochan, Daerah Kubang Pasu, Kedah
No.Hakmilik : GRN 19523 Lot : 2843 GM1465 Keluasan : 0.7216 Hektar Mukim : Putat Lokasi: Masjid Al-Islah, Kampung Putat, Kubang Pasu Pengusaha: Muhammad bin Abdullah Syarat Tanah: Tapak Perkuburan Islam
Kemajuan Cadangan Projek tananam jagung di atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Kedah.
Lot 2843 GM1465 Keluasan: 0.7216 Hektar Mukim: Putat Lokasi: Masjid Al-Islah, Kampung Putat, Kubang Pasu Pengusaha: Muhammad bin Abdullah Syarat Tanah: Tapak Perkuburan Islam
STATUS TERKINI PROJEK
Tanaman ini telah melalui Fasa ke-5 penanaman jagung.
4) Projek Tanaman Getah
Kampung Hujung Keton, Pendang, Kedah
Lot: PT 10608 HSM 5320 Keluasan: 4.02 Hektar Mukim: Tekai Lokasi: Kampung Hujung Keton, Padang Terap, Kedah Pengusaha: Jawatankuasa Kariah, Masjid Hujung Keton Syarat Tanah: Tapak Perkuburan Islam
Kemajuan Projek Tanaman Getah di atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Kedah.
Lot: PT 10608 HSM 5320 Keluasan: 4.02 Hektar Mukim: Tekai Lokasi: Kampung Hujung Keton, Padang Terap, Kedah Pengusaha: Jawatankuasa Kariah, Masjid Hujung Keton Syarat Tanah: Tapak Perkuburan Islam
STATUS TERKINI PROJEK
Tanaman ini dalam Fasa Pertama penanaman getah. Mula diusahakan pada tahun 2021.
Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)
Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.
Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-
1. Nama: 2. No telefon: 3. Tujuan bayaran: 4. Salinan bukti bayaran
# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.