KUALA MUDA (23 OGOS 2026)
MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI SIJIL ASAS PENGAJIAN ISLAM SESI 2/2026
Majlis Tamat Kursus dan Apresiasi Sijil Asas Pengajian Islam kepada 44 orang pelajar sesi 2/2026 telah berjaya dilaksanakan.
Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi di dewan PUSBA telah dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh saudari Noremi binti Jemi (Pelajar Tahap 3).
Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan ucapan wakil pelajar lelaki dan perempuan iaitu dari Muhammad Badrul Hisyam bin Razali dan Ina binti Abdullah.
Ucapan aluan serta pengumuman laporan keputusan Peperiksaan Akhir Sesi telah diberikan oleh Tuan Fakhrurrazi bin Yub (Pengetua PUSBA) manakala ucapan perasmian telah dilaksanakan oleh Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Sayuthi bin Abdullah (Pegawai Agama Daerah Padang Terap).
Penyampaian Sijil Tamat Kursus telah disampaikan oleh Tuan Pengetua manakala penyampaian Sijil Anugerah Cemerlang disampaikan oleh Tuan Syeikh Mohd Sayuthi bin Abdullah.
Pelajar Cemerlang Tahap 1
Tempat Pertama : Jefri bin Abdullah
Tempat Kedua : Mariah binti Zahari
Tempat Ketiga : Mohamad Amirul bin Abdullah
Pelajar Cemerlang Tahap 2
Tempat Pertama : Mohamad Iman Emran Francis Abdullah
Tempat Kedua : Nurul Shafina binti Mohd Sukur
Tempat Ketiga : Muhammad Badrul Hisyam bin Razali
Pelajar Cemerlang Tahap 3
Tempat Pertama : Nur Aidah binti Zam
Tempat Kedua : Nur Ashikin Hoe Lee Moy binti Abdullah
Tempat Ketiga : Siti Nur Albaniah binti Zahari
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah cemerlang. Kepada pelajar yang belum mempunyai rezeki agar teruskan usaha untuk sesi hadapan.