MAIK TERIMA SUMBANGAN RM300,000 DARIPADA BANK ISLAM SEMPENA WAKAF FUNDRUN 2026

ALOR SETAR, 21 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) menerusi Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md. Daud, DSDK., SDK., AMK., BCK., Timbalan Yang Dipertua MAIK, menerima sumbangan berjumlah RM300,000 daripada Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) bagi Tabung Wakaf Tunai MAIK sempena Wakaf Fund Run 2026 pada Majlis Penghargaan Bersama MAIK di Hotel Raia, di sini.

 

Sumbangan tersebut disampaikan oleh YM Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, sebagai sokongan terhadap usaha MAIK memperkasakan amalan berwakaf serta menjayakan program berkenaan.

 

Dato’ Haji Mohd Yusri turut menekankan bahawa kerjasama antara MAIK dan Bank Islam berpotensi untuk diperluas dalam pelbagai bidang bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat Islam.

 

Menurut beliau, pertemuan seumpama ini membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pandangan dan meneroka inisiatif bersama, termasuk pembangunan serta memanfaatkan aset wakaf untuk kepentingan masyarakat.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas sumbangan Bank Islam tersebut serta berharap hubungan kerjasama itu dapat diteruskan menerusi program lain pada masa hadapan.

Dilihat: 2

Facebook
LinkedIn
WhatsApp
X

ARKIB BERITA MAIK

Himpunan koleksi berita dan aktiviti MAIK bagi tahun 2026