MAIK BINCANG POTENSI PEMBANGUNAN TANAH BERSAMA AGENSI KERAJAAN

ALOR SETAR, 11 November 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) mengadakan sesi Focus Group Discussion (FGD) bagi membincangkan cadangan pembangunan tanah-tanah milik MAIK bertempat di Bilik Mesyuarat Saidina Abu Bakar, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), di sini.

 

Sesi perbincangan ini bertujuan mendapatkan pandangan dan cadangan daripada pelbagai agensi berkaitan seperti Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, PLANMalaysia Kedah, Permodalan Kedah Berhad (PKB), Tenaga Nasional Berhad (TNB), FELDA, FELCRA dan agensi-agensi lain bagi mengenal pasti potensi pembangunan tanah-tanah milik MAIK secara lebih terancang dan berkesan.

 

Turut hadir ialah Encik Mohammad Fairus bin Abd Rahim, Ketua Bahagian Pembangunan Hartanah MAIK; Encik Ahmad Zaki bin Ghazali, Ketua Bahagian Wakaf MAIK; Encik Muhammad Suhaimi bin Zulkiflee, Ketua Bahagian Baitulmal MAIK; Dr. Aisyahmona binti Ghani, Ketua Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Strategik serta pegawai-pegawai dan wakil agensi berkaitan.

 

Semoga usaha ini dapat memberikan manfaat kepada MAIK dan masyarakat pada masa hadapan.

Dilihat: 30

Facebook
LinkedIn
WhatsApp
X

ARKIB BERITA MAIK

Himpunan koleksi berita dan aktiviti MAIK bagi tahun 2026