KUTIPAN SEMASA HASIL BAITULMAL 2026

KUTIPAN FIDYAH

RM 3,860,849.74

Tarikh Kemaskini: 01/07/2026

KUTIPAN INFAK

RM 2,275.58

Tarikh Kemaskini: 01/07/2026

WANG TAK PATUH SYARIAH

RM 157,567.34

Tarikh Kemaskini: 01/07/2026

AGIHAN BANTUAN

RM690,801.5

Tarikh Kemaskini: 30/06/2026

JENIS BANTUAN & SYARAT KELAYAKAN

Bantuan disalurkan kepada asnaf yang layak mengikut syariah. Semak jenis bantuan dan syarat kelayakan yang tersedia.

Syarat Kelayakan Bantuan Am
* Warganegara Malaysia.
* Bermastautin di negeri Kedah.
* Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000 sebulan.
* Ibu Tunggal , warga emas, OKU, anak yatim dan penjaga ibu atau bapa yang uzur.
* Bilangan tanggungan anak yang masih bersekolah 2 orang dan ke atas.

Kaedah Permohonan
1) Pemohon perlu mendapatkan borang bantuan di Kaunter Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
2) Pemohon perlu mengemukakan laporan polis bagi kes kehilangan atau kecurian barang.
3) Pemohon perlu sertakan salinan kad pengenalan diri /salinan kad pengenalan sementara.

Senarai Dokumen Diperlukan
1) Salinan kad pengenalan.
2) Surat pengesahan sekolah.
3) Surat / sijil kematian atau perceraian.
4) Penyata gaji (sekiranya ada).
5) Lain-lain (dokumen sokongan).
6) Borang permohonan hendaklah disahkan dan di cop oleh Imam atau Jawatankuasa Kariah Masjid.
7) Salinan akaun bank yang aktif.

* Semua permohonan tertakluk kepada terma, syarat dan kelulusan MAIK

Syarat Kelayakan Bantuan Bencana Alam:
1) Warganegara dan bukan warganegara Malaysia.
2) Bermastautin di Negeri Kedah.
3) Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
4) Kebakaran, ribut, banjir dan lain-lain untuk rumah kediaman yang didiami sahaja.

Kaedah Permohonan
* Dapatkan borang bantuan di Kaunter Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah atau Pejabat Agama Daerah yang berdekatan.

Senarai Dokumen diperlukan:
1) Salinan kad pengenalan.
2) Laporan Polis.
3) Gambar bencana alam.
4) Borang permohonan. hendaklah di sahkan dan di cop oleh Imam atau jawatankuasa Masjid.
5) Salinan akaun bank yang aktif.

* Semua permohonan tertakluk kepada terma, syarat dan kelulusan MAIK.

Syarat kelayakan Bantuan Perubatan:
1) Warganegara Malaysia.
2) Bermastautin di Negeri Kedah.
3) Sakit Kronik (jantung, buah pinggang, kanser, stroke, kemalangan jalan raya, dan lain-lain penyakit yang dikategori sebagai kronik).
4) Mendapat rawatan di klinik/hospital kerajaan Malaysia.
5) Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.

Kaedah Permohonan
* Dapatkan borang bantuan di Kaunter Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah atau Pejabat Agama Daerah yang berdekatan.

Senarai Dokumen diperlukan:
1) Salinan sijil kelahiran/ kad pengenalan pesakit atau penjaga.
2) Gambar Pesakit (jika perlu).
3) Borang permohonan hendaklah disahkan dan dicop oleh Imam atau Jawatankuasa Kariah Masjid dan Pegawai Perubatan Kerajaan.
4) Salinan sebut harga peralatan perubatan (jika perlu).
5) Salinan akaun bank pemohon atau penjaga yang aktif.

* Semua permohonan tertakluk kepada terma, syarat dan kelulusan MAIK

Syarat kelayakan Bantuan Pengurusan Jenazah yang tidak dituntut:
1) Warganegara dan bukan warganegara Malaysia.
2) Meninggal dunia dan ditempatkan di mana-mana hospital di Negeri Kedah.
3) Jenazah tidak mempunyai waris untuk menguruskannya.

Kaedah Permohonan:
1) Lampirkan surat permohonan rasmi melalui pihak pengurusan jenazah kepada Baitulmal Negeri Kedah.
2) Lampirkan satu salinan surat perkuburan yang telah disahkan atau salinan surat mati yang telah disahkan.
3) Lampirkan laporan Polis.
4) Pengurusan jenazah perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pihak Hospital.
5) Salinan akaun bank yang aktif.

Syarat kelayakan Bantuan Pengurusan Jenazah miskin :
1) Warganegara dan bukan warganegara Malaysia.
2) Meninggal dunia di Negeri Kedah.
3) Pendapatan Isi rumah tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Kaedah Permohonan:
1) Lampirkan surat permohonan rasmi melalui pihak pengurusan jenazah kepada Baitulmal Negeri Kedah.
2) Lampirkan satu salinan surat kebenaran pengebumian.
3) Lampirkan laporan Polis.
4) Lampirkan surat pengesahan daripada Jawatankuasa Kariah Masjid.
5) Salinan akaun bank yang aktif.

* Semua permohonan tertakluk kepada terma , syarat dan kelulusan MAIK.

Syarat kelayakan Bantuan Institusi-institusi Agama :
1) Sekolah Agama, Tahfiz, pondok dan lain-lain pusat pengajian Islam.
2) Masjid atau surau.
3) Institusi Agama mestilah terletak di Negeri Kedah.



Syarat-Syarat Permohonan
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut :
1) Institusi hendaklah berdaftar dengan MAIK/JHEAIK/PBT dan lain-lain agensi yang berkaitan.
2) Menyatakan dengan jelas tujuan permohonan kepada pihak Baitulmal.

Kaedah Permohonan
1) Kemukakan surat permohonan rasmi kepada pihak Baitulmal Negeri Kedah.
2) Sertakan bersama kertas kerja yang lengkap beserta implikasi kewangan (lampirkan dokumen sebutharga sekiranya ada).
3) Gambar tujuan permohonan (untuk baik pulih prasarana yang rosak).
4) Salinan akaun bank agensi/persatuan yang aktif.

* Semua permohonan tertakluk kepada terma dan syarat kelulusan MAIK.

Syarat Kelayakan Bantuan Kecemasan:
1) Warganegara dan bukan warganegara Malaysia.
2) Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000 sebulan.
3) Terputus bekalan makanan.
4) Musafir yang terputus kewangan.

Kaedah Permohonan
1) Pemohon perlu mendapatkan borang bantuan di Kaunter Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
2) Pemohon perlu mengemukakan laporan polis bagi kes kehilangan atau kecurian barang.
3) Pemohon perlu sertakan salinan kad pengenalan diri /salinan kad pengenalan sementara.

Cara Bayaran / Agihan:
1) Bayaran secara tunai (menggunakan panjar wang runcit) mengikut keperluan.
2) Kit Makanan.
3) Pembelian tiket Bas atau Kereta Api.

* Semua permohonan tertakluk kepada terma, syarat dan kelulusan MAIK

WANG TAK PATUH SYARIAH

Dikurniakan sebagai bentuk pendapatan atau perolehan tidak daripada perbuatan atau transaksi yang bertentangan dengan HUKUM SYARAK.

RM 157,567.34

Tarikh Kemaskini: 01/07/2026

KATEGORI WANG / HARTA HARAM

aktiviti atau permainan yang mana seseorang bertaruh wang atau barang berharga dengan tujuan mengaut keuntungan dari segi wang atau bahan lain.

mendapatkan keuntungan hasil daripada penipuan yang merugikan individu lain baik dalam masalah jual-beli, maupun dalam seluruh macam mu’amalah.

ketidakpastian dalam transaksi yang diakibatkan dari tidak terpenuhinya ketentuan syariah dalam transaksi tersebut

perbuatan memberi atau menerima sesuatu suapan berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan sesuatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu

wang/harta yang dihasilkan daripada aktiviti yang tidak diketahui status halal atau haram dan bercampur dengan perkara yang dilarang oleh syariah.

pengambilan tambahan dari harta pokok (modal) secara bathil.

Salurkan bantuan anda hari ini untuk membantu mereka yang memerlukan

PIAGAM PELANGGAN

Melaksanakan proses penjualan/penyewaan tanah adalah mengikut prosedur dan kriteria yang ditetapkan bagi pemohon yang terdiri daripada waris si mati, penama dalam geran, pengusaha tanah atau orang ramai dalam tempoh 1 bulan selepas permohonan diterima.

Menguruskan permohonan pembelian tanah pangguan Baitulmal daripada pemohon dalam tempoh 90 hari selepas permohonan diterima.

Menguruskan permohonan bantuan seperti Bantuan Am, Bencana Alam, Perubatan dan lain-lain bantuan dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan diterima.

Menguruskan permohonan bantuan kecemasan di antara 20 hingga 60 minit mengikut jenis kecemasan dan tempoh siasatan selepas permohonan diterima.

SEJARAH PENUBUHAN