YAN, 16 Julai 2026 – Y.Bhg Dr. Hj. Abdul Rahim bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi MAIK hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Kali Ke-84 yang bertempat di Masjid Terapung Yan, hari ini.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan) dan Tuan Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abdul Ghani, Pegawai Daerah Yan.