KOTA SETAR, 14 Julai 2026 – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua MAIK perkenan menerima mengadap daripada YBhg. Dato’ Haji Mohd. Yusri bin Haji Md. Daud, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK); YBhg. Tuan Syeikh Mohamad Subhi bin Abdullah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK); YBhg. Dr. Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi MAIK; serta Encik Abdul Malek bin Shaari, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan MAIK.