ALOR SETAR, 03 Julai 2026: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) perkenan berangkat menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Al Hussain Seberang Pumpong, di sini.
Turut berangkat hadir, Anakanda Baginda, Tunku Sulaiman Badlishah bin Tengku Sarafudin Badlishah.
Keberangkatan tiba DYTM Tuanku Raja Muda Kedah disambut oleh Sohibus Samahah Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan) dan YBhg Dr. Hj. Abdul Rahim bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi MAIK.
Selesai solat fardhu Jumaat yang diimamkan oleh Tuan Mohd Hidayat bin Zulkafli, Imam Masjid Al Hussain Seberang Pumpong, Baginda Tuanku Raja Muda Kedah dan anakanda berkenan untuk bergambar bersama-sama ketua-ketua jabatan kerajaan dan AJK Masjid Al Hussain Seberang Pumpong.
Dilihat: 124