17 Jun 2026 (Kota Setar): Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua MAIK perkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah bagi Tahun 1448H, bertempat di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman.
Keberangkatan tiba DYTM Tuanku Raja Muda Kedah disambut oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah, Y.B. Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan YBhg. Dr. Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi MAIK.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sarafudin Badlishah sebelum diteruskan dengan titah perasmian oleh Baginda Tuanku Raja Muda Kedah.
Majlis mencapai kemuncaknya dengan acara penganugerahan Anugerah Tokoh Maal Hijrah yang dikurniakan kepada Dr. Shukri bin Abdullah atas jasa beliau terutama dalam bidang pendidikan. Bagi Anugerah Masjid Terbaik Kategori Bandar dimenangi oleh Masjid Al Hana, Langkawi, manakala Anugerah Masjid Terbaik Kategori Luar Bandar menjadi milik Masjid Al Fateh Kuala Pegang, Baling.
Keberangkatan pulang Baginda Tuanku Raja Muda Kedah disusuli dengan kepulangan dif-dif jemputan, pegawai dan kakitangan kerajaan.
Dilihat: 84