16 Jun 2026 (Kota Setar): Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua MAIK perkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Sempena Tahun Baharu 1448H yang bertempat di Masjid Al Rahmah, Taman Wira Mergong.
Keberangkatan tiba Baginda Tuanku Raja Muda Kedah disambut oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah, YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan YBhg. Dr. Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi MAIK.
Majlis yang diketuai oleh Tuan Khairul Firdaus, Penolong Imam Masjid Negeri Masjid Zahir itu dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun sebelum diteruskan dengan solat Maghrib dan bacaan yasin serta doa awal tahun.
Selesai solat Isyak, Baginda Tuanku Raja Muda Kedah berangkat pulang disusuli kepulangan dif-dif kehormat dan jemaah yang hadir.