BERITA MAIK

MAIK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT MARA NEGERI KEDAH

ALOR SETAR, 14 Mei 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pejabat MARA Negeri Kedah yang diketuai oleh Pengarah MARA Negeri Kedah, Rizal Effendi bin Razali bertempat di Bangunan Wan Mat Saman, Alor Setar.
 
Kunjungan tersebut telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi MAIK, Dr. Hj. Abdul Rahim bin Hj. Abdul Rahman bersama Encik Ahmad Zaki bin Ghazali, Ketua Bahagian Wakaf MAIK dan Encik Muhammad Suhaimi bin Zulkiflee, Ketua Bahagian Baitulmal MAIK.
 
Pertemuan ini bertujuan meneroka peluang kerjasama antara MAIK dan MARA dalam aspek pembangunan modal insan selaras dengan Pelan Strategik MAIK 2026–2030, khususnya melibatkan bidang pendidikan, latihan kemahiran, pembangunan usahawan serta pemerkasaan ekonomi masyarakat Islam di negeri Kedah.
 
Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan cadangan penganjuran Program Bimbingan Keusahawanan untuk golongan mualaf di bawah seliaan PUSBA MAIK. Program tersebut dilihat berpotensi membantu para mualaf meningkatkan kemahiran keusahawanan, menjana pendapatan serta membina kehidupan yang lebih mampan dan berdikari.
 
MAIK menyambut baik hasrat kerjasama ini dan berharap jaringan strategik bersama MARA dapat memberi manfaat yang lebih luas kepada masyarakat, khususnya dalam usaha memperkasa pembangunan sosioekonomi ummah di negeri Kedah.
Facebook
LinkedIn
WhatsApp
X

ARKIB BERITA MAIK

Himpunan koleksi berita dan aktiviti MAIK bagi tahun 2026