BERITA MAIK

MAIK–UUM BINCANG KERJASAMA PENDIGITALAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

ALOR SETAR, 5 Mei 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Pusat Pengajian Perkomputeran (School of Computing) Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi kerjasama pelan pendigitalan menyeluruh di MAIK yang bertujuan memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

MAIK diwakili oleh Dr. Haji Abdul Rahim Bin Abdul Rahman Ketua Pegawai Operasi serta Ketua-ketua bahagian MAIK, manakala UUM diwakili Oleh Prof Dr. Osman Ghazali (Dekan), Prof. Madya Noraziah Che Pa, Dr. Mohd Adan Omar, ⁠Dr. Zhamri Che Ani, ⁠Dr. Amran Ahmad, ⁠dan Dr. Fazli Azzali.

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada Kerjasama pendigitalan MAIK iaitu suatu pelan jangka panjang tahun 2026-2030 yang merangkumi pembangunan sistem baharu mengikut keperluan semasa, di samping usaha menambah baik sistem sedia ada agar lebih efisien, mesra pengguna dan responsif terhadap kehendak pengguna.

Kerjasama strategik antara MAIK dan UUM ini membuka ruang kepada penerapan kepakaran akademik dalam bidang teknologi maklumat, khususnya cadangan pelan pendigitalan MAIK dalam pembangunan sistem, keselamatan data serta inovasi digital berimpak tinggi.

Facebook
LinkedIn
WhatsApp
X

ARKIB BERITA MAIK

Himpunan koleksi berita dan aktiviti MAIK bagi tahun 2026