BERITA MAIK

KUNJUNGAN HORMAT COO MAIK KE JPN KEDAH

04 Mei 2026 (Kota Setar): Y.Bhg Dr. Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi (COO) Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN Kedah) bagi memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi.
 
Kunjungan hormat COO MAIK disambut mesra oleh Y.Brs Ustaz Haji Mahir bin Mohamad, Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah dan Y.Brs Ustaz Mohd Nasir bin Abdullah, Penolong Pengarah Pendidikan Islam Teras (Rendah) JPN Kedah.
 
Kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan dan mempromosikan inisiatif wakaf tunai kepada warga pendidik khususnya guru dan kakitangan di seluruh negeri Kedah.
 
Dalam pertemuan itu, pihak MAIK turut memaklumkan penganjuran program berkonsepkan sukan dan kebajikan, iaitu “Wakaf Fund Run” sebagai medium inovatif untuk meningkatkan kesedaran serta penyertaan orang ramai termasuk guru dan pelajar.
 
Hadir sama, Encik A’mmar bin Mohd Suhaimi, Ketua Unit Wakaf Tunai MAIK.
Facebook
LinkedIn
WhatsApp
X

ARKIB BERITA MAIK

Himpunan koleksi berita dan aktiviti MAIK bagi tahun 2026