BERITA MAIK

COO MAIK ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE JKR KEDAH

22 April 2026 (Kota Setar): Yang Berbahagia Dr. Hj. Abdul Rahim bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi (COO) Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berbahagia Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah, di sini.
 
Hadir sama ke kunjungan hormat tersebut, Encik Mohammad Fairus bin Abd Rahim, Ketua Bahagian Pembangunan Hartanah MAIK.
 
Kunjungan tersebut merupakan sebahagian daripada tanda penghargaan dan usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara MAIK dan JKR Kedah, khususnya dalam aspek pembangunan, penyelenggaraan, serta pengurusan aset dan infrastruktur milik MAIK.
 
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan berkaitan amalan terbaik (best practices) dalam pengurusan projek serta langkah-langkah penambahbaikan berterusan ke arah mempertingkatkan kecekapan dan akauntabiliti.
 
Pertemuan berkenaan diakhiri dengan sesi penyerahan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan simbolik hubungan kerjasama yang erat antara kedua-dua pihak.