BERITA MAIK

RAJA MUDA KEDAH MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AR RAHMAN ALOR MERAH

17 April 2026 (Kota Setar): Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) perkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Masjid Ar Rahman, Alor Merah, di sini.
 
Keberangkatan tiba Tuanku Raja Muda Kedah dan anakanda disambut oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan); Yang Berbahagia Dato’ Muhamad Mahazi bin Haji Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) dan Yang Berbahagia Dr. Hj. Abdul Rahim bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi MAIK  serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan.
 
Hadir sama ke Masjid Ar Rahman, Encik Ahmad Zaki bin Ghazali, Ketua Bahagian Wakaf MAIK dan Encik Muhammad Suhaimi bin Zulkiflee, Ketua Bahagian Baitulmal MAIK.
 
Baginda Tuanku Raja Muda Kedah kemudian perkenan menunaikan solat jumaat secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Azman bin Ali Masin, Imam Masjid Ar Rahman, seterusnya bergambar bersama ketua-ketua pegawai tinggi kerajaan yang hadir dan Ahli Jawatankuasa Masjid Ar Rahman sebelum berangkat pulang.