BERITA MAIK

COO MAIK ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE JITU

15 April 2026 (Kota Setar): Yang Berbahagia Dr. Hj. Abdul Rahim bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi (COO) Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berbahagia Encik Muhamad Mizar bin Morat, Pengarah Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negeri Kedah Darul Aman (JITU) bertempat di Wisma Darul Aman.
Hadir sama ke kunjungan hormat tersebut, Puan Masya Mariza binti Mansur, Ketua Bahagian Audit Dalam MAIK.
Kunjungan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara MAIK dan JITU, khususnya dalam aspek pemerkasaan integriti, tadbir urus yang baik serta pematuhan kepada prinsip ketelusan dalam penyampaian perkhidmatan awam.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan berkaitan amalan terbaik (best practices) dalam pengurusan organisasi serta langkah-langkah penambahbaikan berterusan ke arah mempertingkatkan kecekapan dan akauntabiliti.
COO MAIK menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuhkan budaya integriti dalam organisasi selaras dengan aspirasi kerajaan negeri, di samping memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi impak positif kepada masyarakat.
Pertemuan berkenaan diakhiri dengan sesi bergambar sebagai tanda penghargaan dan simbolik hubungan kerjasama yang erat antara kedua-dua pihak.