08 April 2026 (Kota Setar): Ketua Pegawai Operasi (COO) Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), Yang Berbahagia Dr. Hj. Abdul Rahim bin Hj. Abdul Rahman telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Sulit (SUS) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Yang Berbahagia Encik Mohd Sofwan bin Mohd Khatib bertempat di Pejabat KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Wisma Darul Aman, hari ini.
Kunjungan ini merupakan pertemuan rasmi yang pertama sejak beliau melapor diri, bertujuan memperkenalkan diri serta mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara pentadbiran dan Anggota MAIK. Dalam pertemuan tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan terutama berkaitan hala tuju pengurusan hal ehwal Islam serta hal-hal pentadbiran yang berkaitan di negeri Kedah.



