BERITA MAIK

RAJA MUDA KEDAH MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID TUNKU PUAN HABSAH

03 April 2026 (Kuala Muda): Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) perkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Tunku Puan Habsah, Padang Temusu, di sini.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Muda Kedah dan anakanda disambut oleh Sohibus Samahah Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah; Yang Berbahagia Dr. Hj. Abdul Rahim bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi MAIK; Yang Berbahagia Dato’ Dr. Syeikh Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin, Setiausaha MAIK serta ketua-ketua pegawai tinggi kerajaan.

Baginda Tuanku Raja Muda Kedah perkenan menunaikan solat jumaat secara berjemaah yang diimamkan oleh Tuan Syeikh Muzzamil bin Yub, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda seterusnya bergambar bersama ketua-ketua pegawai tinggi kerajaan yang hadir dan Ahli Jawatankuasa Masjid Tunku Puan Habsah sebelum berangkat pulang.