BERITA MAIK

KUNJUNGAN HORMAT COO MAIK KE ATAS CEO LZNK

06 April 2026 (Kota Setar): Ketua Pegawai Operasi (COO) Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), Dr. Hj. Abdul Rahim bin Hj. Abdul Rahman telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang bertempat di Menara LZNK, hari ini.

Kunjungan tersebut bertujuan sebagai sesi suai kenal bersempena pelantikan beliau yang berkuat kuasa pada 01 April 2026, di samping membincangkan dan bertukar pandangan berkaitan hal-hal pentadbiran agama Islam di negeri Kedah dan penerokaan ruang kerjasama bersama LZNK dalam pelbagai bidang.

Sewaktu sesi kunjungan hormat ini juga, turut dibentangkan paparan papan pemuka eksekutif (executive dashboard) yang dibangunkan secara dalaman oleh LZNK bagi memantau kutipan zakat, wakaf, sedekah dan lain kutipan secara nyata (real-time).