20 Mac 2026 (Alor Setar): Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dan anakanda Yang Teramat Mulia Tunku Sulaiman Badlishah bin Tuanku Sarafudin Badlishah perkenan berangkat menunaikan Solat Fardhu Jumaat di Masjid Syed Mohammad Al-Bukhary, Pantai Johor, di sini.
Keberangkatan tiba Tuanku Raja Muda Kedah dan anakanda disambut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato’ Paduka (Dr.) Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah dan Yang Berbahagia Dato’ Dr. Syeikh Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin, Setiausaha MAIK.
Baginda Tuanku Raja Muda Kedah dan anakanda kemudian perkenan menunaikan solat jumaat secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Muhammad Suhufi bin Ahmad Tajuddin, Imam Masjid Syed Mohammad Al-Bukhary sebelum bergambar bersama Ketua-Ketua Pegawai Kerajaan yang hadir dan Ahli Jawatankuasa Masjid Syed Mohammad Al-Bukhary sebelum berangkat pulang.










