[gtranslate]

BERITA MAIK

MAIK & UUM TEROKA KERJASAMA PENDIGITALAN

Alor Setar – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan perbincangan awal bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam usaha pendigitalan MAIK.

Perbincangan tersebut melibatkan wakil Bahagian Teknologi Maklumat dan Multimedia MAIK serta pihak School of Computing (SOC), UUM. Dalam perbincangan berkenaan, pihak UUM menyatakan kesediaan untuk menyokong agenda pendigitalan MAIK bagi meningkatkan kecekapan operasi dan sistem penyampaian perkhidmatan secara lebih sistematik.

Antara cadangan yang dibincangkan termasuk pelaksanaan inisiatif pendigitalan mengikut keperluan organisasi, penambahbaikan proses sedia ada serta pengoptimuman aliran kerja melalui pendekatan yang lebih bersepadu.

Kerjasama ini dijangka memberi manfaat kepada MAIK dalam memperkukuh agenda pendigitalan dan meningkatkan mutu perkhidmatan. Sesi perbincangan ini berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati dan bergambar kenangan.