[gtranslate]

BERITA MAIK

PERBINCANGAN PELARASAN MoU UiTM – MAIK

10 Februari 2026 (Kota Setar): Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah menjalankan sesi Perbincangan Pelarasan MoU bersama pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah yang bertempat di Bangunan Wan Mat Saman, di sini.

Perbincangan bersemuka yang dipengerusikan oleh Encik Abdul Malek bin Shaari selaku Penolong Setiausaha MAIK tersebut melibatkan semua ketua-ketua bahagian MAIK bersama delegasi daripada UiTM Cawangan Kedah yang diketuai oleh Dr. Junaida Ismail, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Kedah.