BERITA MAIK

MAIK DAN SPRM KEDAH PERKUKUH BUDAYA INTEGRITI MENERUSI IBR 2.0

 

ALOR SETAR, 3 September 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah telah menjayakan Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) 2.0 bertempat di Dewan Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, hari ini.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Timbalan Yang Dipertua MAIK bersama Yang Berbahagia Tuan Syed Aswadi bin Syed Soffian, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Kedah.

Penganjuran program ini merupakan usaha untuk memperkukuh kesedaran warga kerja MAIK terhadap tanggungjawab mematuhi undang-undang, memelihara etika kerja serta mengamalkan tadbir urus yang baik dalam pelaksanaan tugas.

Program ini turut mendukung Strategi 5.2 di bawah Teras 5 Pelan Strategik MAIK 2026–2030, di samping menyokong pelaksanaan Pelan Antirasuah Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (PARK MAIK) 2025–2029.

Hadir sama ialah pegawai-pegawai kanan SPRM Negeri Kedah serta warga kerja MAIK.

Sebagai tanda komitmen, warga kerja MAIK yang hadir telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah serta menandatangani dokumen IBR sebagai iltizam untuk menolak sebarang bentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

 

 

Facebook
LinkedIn
WhatsApp
X

ARKIB BERITA MAIK

Himpunan koleksi berita dan aktiviti MAIK bagi tahun 2026