02 Mei 2026 (Kota Setar): Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini memeterai kerjasama strategik menerusi Majlis Penukaran Memorandum Perjanjian (MOA) yang bertempat di Aman Central, di sini.
MOA tersebut memperkenalkan satu inisiatif melalui kaedah baharu yang lebih efisien bagi memudahkan orang ramai menunaikan wakaf melalui rangkaian BSN. Sebagai rakan strategik korporat MAIK, para pemegang akaun BSN digalakkan memanfaatkan kemudahan ini untuk menyalurkan sumbangan wakaf secara terus kepada MAIK.
Y.Bhg Dato’ Dr. Syeikh Haji Abd. Ghani @ Zulkifli bin Zainiddin selaku Setiausaha MAIK dan Y.Bhg En. Mujibburrahman bin Abd. Rashid selaku Ketua Eksekutif BSN membuat simbolik pertukaran MOA dan cenderahati yang disaksikan oleh Y.Bhg Dr. Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi (COO) MAIK, tetamu-tetamu jemputan, ketua-ketua Bahagian MAIK dan orang ramai yang turut serta ke majlis ini.
Dilihat: 16





