BERITA MAIK

KUNJUNGAN HORMAT COO MAIK KE ATAS ANGGOTA MAIK

02 April 2026 (Kota Setar): Ketua Pegawai Operasi (COO) Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), Dr. Hj. Abdul Rahim bin Hj. Abdul Rahman telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB. Dato’ Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan); YB Saifulrijal bin Azhari, Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah dan Y.A.A Dato’ Syeikh Hj. Abd Rahman bin Hj. Abdullah, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, hari ini.

Kunjungan tersebut bertujuan sebagai sesi suai kenal bersempena pelantikan beliau yang berkuat kuasa pada 01 April 2026, di samping membincangkan hal-hal berkaitan pengurusan hal ehwal Islam dan perkongsian pandangan bagi memperkukuh peranan MAIK di mata masyarakat khususnya di negeri Kedah.

Sesi kunjungan ini turut mencerminkan komitmen berterusan antara pentadbiran MAIK dan Anggota MAIK dalam memastikan agenda pembangunan ummah di negeri Kedah dapat dilaksanakan secara lebih efektif dan bersepadu.