MAIK PERKUKUH HALA TUJU ORGANISASI MELALUI BENGKEL PERANCANGAN PELAN STRATEGIK 2027

PULAU PINANG, 20 November 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik Pelan MAIK Tahun 2027 yang disempurnakan oleh Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md. Daud, Timbalan Yang Dipertua MAIK bertempat di Hompton by the Beach, Pulau Pinang, di sini.

Bengkel ini bertujuan untuk memperincikan perancangan dan hala tuju MAIK bagi tahun 2027 selaras dengan Pelan Strategik MAIK 2026–2030 untuk memastikan pelaksanaan program dan aktiviti organisasi pada tahun 2027 dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

Bengkel ini turut menjadi platform perbincangan antara bahagian dalam mengenal pasti keutamaan, cabaran pelaksanaan serta pendekatan yang bersesuaian bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Hasil perancangan dan penyelarasan yang dilaksanakan sepanjang bengkel akan menjadi panduan kepada semua kakitangan dalam mencapai misi 2027.

Hadir sama ialah Yang Berbahagia Dr. Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi MAIK serta ketua-ketua bahagian MAIK.

Dilihat: 33

Facebook
LinkedIn
WhatsApp
X

ARKIB BERITA MAIK

Himpunan koleksi berita dan aktiviti MAIK bagi tahun 2026