PUSBA (29 SEPTEMBER 2026)

KURSUS SEMBELIHAN AYAM PELAJAR SESI 3/2026

Telah dijalankan satu program Kursus Sembelihan Ayam kepada pelajar-pelajar sesi 3/2026 hari ini.

Program yang bermula pada jam 8.30 pagi telah bermula dengan sedikit Taklimat Sembelihan yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nor bin Saad atau dikenali sebagai “Abah” dalam kalangan pelajar.

Tujuan program ini dilakukan adalah bagi memberi pendedahan awal berkaitan kaedah sembelihan mengikut syarak dan seterusnya gotong-royong menyiapkan juadah makanan tengah hari telah dilakukan oleh setiap kumpulan.

Semoga program hari ini memberi manfaat kepada semua pelajar. Program berakhir dengan pemberian hadiah kepada setiap kumpulan kerana telah menunjukkan kerjasama yang baik dalam menjayakan program. Program tamat jam 4 petang.