LAWATAN SAMBIL BELAJAR PUSBA KE PERLIS

PERLIS, 29 Oktober 2026 – Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA) telah berjaya menganjurkan program lawatan sambil belajar ke Negeri Perlis yang disertai oleh seramai 33 orang pelajar dengan diiringi oleh 9 orang kakitangan pengurusan. Program kembara ilmu ini bertujuan memberikan pendedahan secara praktikal kepada para pelajar mengenai fiqh musafir mengikut syariat […]

MAIK GREENDAY: AKTIVITI GOTONG-ROYONG DI PUSBA

KUALA MUDA (08 OKTOBER 2026) MAIK GREENDAY: AKTIVITI GOTONG-ROYONG DI PUSBA Program MAIK Greenday telah dilaksanakan di Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA). Aktiviti gotong-royong yang melibatkan usaha bersama dalam menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih, kemas dan selesa, malah turut memupuk semangat […]

KURSUS SEMBELIHAN AYAM PELAJAR SESI 3/2026

SUNGAI PETANI (29 SEPTEMBER 2026) – Telah dijalankan satu program Kursus Sembelihan Ayam kepada pelajar-pelajar sesi 3/2026 hari ini. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi telah bermula dengan sedikit Taklimat Sembelihan yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nor bin Saad atau dikenali sebagai “Abah” dalam kalangan pelajar. Tujuan program ini dilakukan adalah bagi memberi […]

MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI SIJIL ASAS PENGAJIAN ISLAM SESI 2/2026

KUALA MUDA (23 OGOS 2026) MAJLIS TAMAT KURSUS DAN APRESIASI SIJIL ASAS PENGAJIAN ISLAM SESI 2/2026 Majlis Tamat Kursus dan Apresiasi Sijil Asas Pengajian Islam kepada 44 orang pelajar sesi 2/2026 telah berjaya dilaksanakan. Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi di dewan PUSBA telah dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh saudari Noremi binti […]

PROGRAM KHEMAH IBADAH PUSBA SESI 2/2026

SIK, 23-25 Julai 2026 – Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA) berjaya menganjurkan Program Khemah Ibadah Sesi 2/2026 bertempat di D’Puncak Beris, Sik. Program tiga hari dua malam ini disertai oleh 45 orang pelajar bulanan PUSBA Sesi 2/2026 dengan bimbingan barisan tenaga pengajar.   Pengisian hari pertama suai kenal dan motivasi Slot […]

PROGRAM PENGHAYATAN AIDILADHA MENURUT PERSPEKTIF FIQH ISLAM : ERTI SEBUAH PENGORBANAN

PUSBA (17 MEI 2026) PROGRAM PENGHAYATAN AIDILADHA MENURUT PERSPEKTIF FIQH ISLAM : ERTI SEBUAH PENGORBANAN Pelajar-pelajar dari Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah hadir melaksanakan satu program bersama 42 orang pelajar bulanan sesi 2/2026. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada golongan mualaf berkaitan penghayatan Aidiladha serta […]

PROGRAM TAARUF ORIENTASI JOURNEY TO INNER PEACE SPIRITUAL MUALAF PELAJAR SESI 2/2026

PUSBA (14 MEI 2026) PROGRAM TAARUF ORIENTASI JOURNEY TO INNER PEACE SPIRITUAL MUALAF PELAJAR SESI 2/2026 Program Taaruf Orientasi telah dilaksanakan hari ini kepada 33 orang pelajar sesi 2/2026 di dewan PUSBA dengan kerjasama Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Universiti Utara Malaysia (UUM). Program yang bermula pada jam 9.00 pagi telah diketuai oleh Yang […]

MAJLIS TAMAT KURSUS & APRESIASI SIJIL ASAS PENGAJIAN ISLAM SESI 1/2026

KUALA MUDA (26 APRIL 2026) MAJLIS TAMAT KURSUS & APRESIASI SIJIL ASAS PENGAJIAN ISLAM SESI 1/2026 Majlis Tamat Kursus telah dianugerahkan kepada 34 orang pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian sesi 1/2026. Majlis yang telah berlangsung di dewan PUSBA, Sungai Petani ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Syeikh Usamah bin Talib (Pegawai Agama Daerah […]

COO MAIK RASMIKAN MAJLIS TAUTAN MAHABBAH SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PUSBA

05 April 2026 (Kuala Muda) – Yang Berbahagia Dr. Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi (COO) Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah merasmikan Majlis Tautan Mahabbah Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA), hari ini. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Brigedier […]