BERITA MAIK

PROGRAM PENGHAYATAN AIDILADHA MENURUT PERSPEKTIF FIQH ISLAM : ERTI SEBUAH PENGORBANAN

PUSBA (17 MEI 2026)

PROGRAM PENGHAYATAN AIDILADHA MENURUT PERSPEKTIF FIQH ISLAM : ERTI SEBUAH PENGORBANAN

Pelajar-pelajar dari Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah hadir melaksanakan satu program bersama 42 orang pelajar bulanan sesi 2/2026.

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada golongan mualaf berkaitan penghayatan Aidiladha serta nilai pengorbanan dalam Islam.

Selain itu, program ini juga dapat mengukuhkan hubungan antara pihak penganjur dan pelajar-pelajar dengan menjadikan nilai keprihatinan, kasih sayang dan kebersamaan sebagai asas dalam membentuk masyarakat Muslim yang harmoni dan sejahtera.

Program turut dihadiri oleh Dr. Muhd Zulhilmi bin Haron selaku Dekan Pusat Pengajian Pendidikan UUM pada sesi penutup.

Semoga dengan penganjuran program sebegini dapat menarik lagi minat semua pelajar untuk terus berada dalam sesi pengajian kali ini.

Facebook
LinkedIn
WhatsApp
X

ARKIB BERITA MAIK

Himpunan koleksi berita dan aktiviti MAIK bagi tahun 2026