PUSBA (14 MEI 2026)
PROGRAM TAARUF ORIENTASI JOURNEY TO INNER PEACE SPIRITUAL MUALAF PELAJAR SESI 2/2026
Program Taaruf Orientasi telah dilaksanakan hari ini kepada 33 orang pelajar sesi 2/2026 di dewan PUSBA dengan kerjasama Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Universiti Utara Malaysia (UUM).
Program yang bermula pada jam 9.00 pagi telah diketuai oleh Yang Berbahagia Dr. Syahrul Faizaz binti Abdullah bersama barisan fasilitator. Dimulakan dengan sedikit perkongsian dan ceramah kemudian disusuli dengan Latihan dalam Kumpulan.
Semoga para pelajar dapat mengambil mutiara ilmu yang telah diberikan sepanjang program. Terima kasih diucapkan kepada pihak Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (UUM) atas kerjasama bagi melaksanakan Program Taaruf Orientasi ini.






