BERITA MAIK

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (MAIK) KE BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI NEGERI KEDAH (BTMK)

Alor Setar, 13 Mei 2026 – Y.Bhg. Dr. Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi (COO) Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), hari ini mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkasa agenda pendigitalan perkhidmatan MAIK.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Puan Balkhis binti Abu Bakar, AMK., BCK., Pengarah BTMK dan pegawai-pegawai BTMK. Pertemuan ini bertujuan menjalin kolaborasi dalam aspek pendigitalan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan MAIK kepada masyarakat.

Turut dibincangkan ialah penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam aspek pentadbiran, pengurusan serta promosi perkhidmatan MAIK agar penyampaian maklumat dapat dilaksanakan secara lebih efektif, pantas dan inovatif.

Kerjasama strategik ini diharapkan dapat memperkukuh usaha transformasi digital MAIK, seterusnya meningkatkan mutu serta kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Facebook
LinkedIn
WhatsApp
X

ARKIB BERITA MAIK

Himpunan koleksi berita dan aktiviti MAIK bagi tahun 2026