KUNJUNGAN HORMAT COO MAIK KE ATAS ANGGOTA MAIK

02 April 2026 (Kota Setar): Ketua Pegawai Operasi (COO) Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), Dr. Hj. Abdul Rahim bin Hj. Abdul Rahman telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB. Dato’ Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan); YB Saifulrijal bin Azhari, Penasihat […]
KEBAWAH DYMM TUANKU SULTAN KEDAH SERTA KELUARGA DIRAJA BERANGKAT MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI DI MASJID ZAHIR

21 Mac 2026 (Kota Setar): Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman perkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Zahir, di sini, hari ini. Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, […]
RAJA MUDA KEDAH MENUNAIKAN SOLAT FARDHU JUMAAT DI MASJID SYED MOHAMMAD AL-BUKHARY, PANTAI JOHOR

20 Mac 2026 (Alor Setar): Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dan anakanda Yang Teramat Mulia Tunku Sulaiman Badlishah bin Tuanku Sarafudin Badlishah perkenan berangkat menunaikan Solat Fardhu Jumaat di Masjid Syed Mohammad Al-Bukhary, Pantai […]
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR NEGERI KEDAH MELALUI DANA TABUNG MUSA’ADAH JAKIM –YAYASAN WAKAF MALAYSIA

12 Mac 2026 (Baling): Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Negeri Kedah melalui Dana Tabung Musa’adah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia–Yayasan Wakaf Malaysia (JAKIM–YWM) yang berlangsung di Dewan Terbuka Pejabat Pertahanan Awam Daerah Baling, di sini. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Tuan Muhammad Suhaimi bin […]
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2026/1447 ANJURAN MAIK

09 Mac 2026 (Pokok Sena) – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026/1447 anjuran MAIK yang berlangsung di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Pokok Sena, di […]
TUANKU SULTAN KEDAH DAN KELUARGA PERKENAN SUMBANG RM60,000 BAGI PROGRAM SUMBANGAN INFAK RAMADAN 1447H

25 Februari 2026 (Kota Setar): Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman serta keluarga DiRaja baginda telah perkenan menyumbangkan sebanyak RM60,000 bagi mengimarahkan Program Sumbangan Infak Ramadan 1447H anjuran Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Sumbangan Infak Ramadan ini telah disempurnakan oleh […]
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH DI RAIA HOTEL

28 Februari 2026 (Kota Setar): Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua MAIK perkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Anjuran Majlis Agama Islam Negeri Kedah bertempat di Raia Hotel, di sini. Turut berangkat hadir, Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda […]
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH DI DATARAN MASJID ZAHIR

27 Februari 2026 (Kota Setar): Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua MAIK perkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa di Dataran Masjid Zahir, di sini. Turut berangkat hadir, Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Tuanku Raja Puan […]
MAIK & UUM TEROKA KERJASAMA PENDIGITALAN

Alor Setar – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan perbincangan awal bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam usaha pendigitalan MAIK. Perbincangan tersebut melibatkan wakil Bahagian Teknologi Maklumat dan Multimedia MAIK serta pihak School of Computing (SOC), UUM. Dalam perbincangan berkenaan, pihak UUM menyatakan kesediaan untuk menyokong agenda pendigitalan […]
PERBINCANGAN PELARASAN MoU UiTM – MAIK

10 Februari 2026 (Kota Setar): Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah menjalankan sesi Perbincangan Pelarasan MoU bersama pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah yang bertempat di Bangunan Wan Mat Saman, di sini. Perbincangan bersemuka yang dipengerusikan oleh Encik Abdul Malek bin Shaari selaku Penolong Setiausaha MAIK tersebut melibatkan semua ketua-ketua bahagian MAIK bersama […]