KUNJUNGAN RASMI PENGARAH PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA CGSO KE MAIK BINCANG PELAKSANAAN PENGKELASAN DATA

ALOR SETAR, 8 Julai 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) hari ini menerima kunjungan rasmi Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) bagi membincangkan pelaksanaan pengkelasan data di MAIK. Sesi perbincangan yang berlangsung pada jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat MAIK itu bertujuan memperkukuh tadbir urus keselamatan maklumat  dan pengurusan data rasmi. […]

TAKLIMAT ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PINDAAN 2025

KOTA SETAR, 08 Julai 2026 – Bahagian Perundangan dan Sekretariat MAIK telah menjalankan sesi taklimat berkaitan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri Kedah Darul Aman Pindaan 2025 kepada semua pegawai dan kakitangan MAIK yang bertempat di Dewan Masjid Sultanah Bahiyah, di sini. Taklimat tersebut disampaikan oleh Cik Nurul ‘Ain Syafiqah binti Mohd Iqbal, Pegawai Undang-Undang MAIK.

TUANKU RAJA MUDA KEDAH MENUNAIKAN SOLAT FARDHU JUMAAT DI MASJID AL HUSSAIN SEBERANG PUMPONG

ALOR SETAR, 03 Julai 2026: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) perkenan berangkat menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Al Hussain Seberang Pumpong, di sini. Turut berangkat hadir, Anakanda Baginda, Tunku Sulaiman Badlishah bin Tengku […]

DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID SULTANAH BAHIYAH

KOTA SETAR, 26 Jun 2026: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) perkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, hari ini. Keberangkatan tiba DYTM Tuanku Raja Muda Kedah disambut oleh Sohibus Samahah […]

MAIK SUMBANG WANG TUNAI DAN KIT TABARRUK SEMPENA PROGRAM BANTUAN SEJAHTERA PESAKIT TERLANTAR (BSPT) DAERAH BALING

BALING, 23 Jun 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) melalui Unit Bantuan Baitulmal telah turut serta dalam Program Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT), iaitu satu inisiatif Kerajaan Negeri Kedah yang bertujuan membantu meringankan beban pesakit terlantar serta penjaga mereka melalui bantuan kewangan dan keperluan harian. Program yang diketuai oleh YB Dato’ Hajah Halimaton […]

DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERANGKAT KE MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH TAHUN 1448H

17 Jun 2026 (Kota Setar): Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua MAIK perkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah bagi Tahun 1448H, bertempat di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman. Keberangkatan tiba DYTM Tuanku Raja Muda Kedah disambut […]

DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERANGKAT KE MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SEMPENA MAAL HIJRAH

16 Jun 2026 (Kota Setar): Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua MAIK perkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Sempena Tahun Baharu 1448H yang bertempat di Masjid Al Rahmah, Taman Wira Mergong. Keberangkatan tiba Baginda Tuanku Raja Muda Kedah disambut […]

MAJLIS SERAHAN DAGING KORBAN DAN SUMBANGAN MAIK DI MASJID BENDANG BUKIT, PENDANG

PENDANG, 30 Mei 2026 – Seramai 100 asnaf di sekitar kariah Masjid Al Hasaniah Kampung Bendang Bukit, Pendang telah menerima agihan daging korban serta sumbangan tunai berjumlah RM400 seorang menerusi Majlis Penyerahan Daging Korban dan Sumbangan Baitulmal Tahun 1447H/2026M yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Ketua Pegawai Operasi MAIK, Yang Berbahagia Dr. Haji […]

PROGRAM PENGHAYATAN AIDILADHA MENURUT PERSPEKTIF FIQH ISLAM : ERTI SEBUAH PENGORBANAN

PUSBA (17 MEI 2026) PROGRAM PENGHAYATAN AIDILADHA MENURUT PERSPEKTIF FIQH ISLAM : ERTI SEBUAH PENGORBANAN Pelajar-pelajar dari Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah hadir melaksanakan satu program bersama 42 orang pelajar bulanan sesi 2/2026. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada golongan mualaf berkaitan penghayatan Aidiladha serta […]