Piagam pelanggan PUSBA menetapkan agar perkara-perkara berikut dipatuhi untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah efisyen dan memuaskan :-
Berikut adalah jumlah pelajar yang berdaftar di PUSBA
[supsystic-tables-cell id=21 row=12 col=B] pelajar
[supsystic-tables-cell id=21 row=12 col=C] pelajar
[supsystic-tables-cell id=21 row=12 col=E] pelajar
* PERMOHONAN ADALAH PERCUMA
BAGI YANG MEMELUK AGAMA ISLAM DI NEGERI KEDAH
Dokumen yang diperlukan :
– Salinan Kad Pengenalan (Warganegara Malaysia)
– Salinan Passport (Warganegara Asing)
– Salinan Kad Islam atau Surat Akuan Masuk Islam
– Salinan Akaun Bank(Jika Ada)
– Laporan Peperiksaan Kesihatan(Medical Check Up)
– Gambar Bersaiz Passport(2 keping)
BAGI YANG MEMELUK ISLAM DI NEGERI LAIN
Dokumen yang diperlukan:
– Surat persetujuan tajaan yuran pengajian di PUSBA dari Pejabat Agama Daerah yang beliau masuk Islam
– Sekiranya tidak mendapat surat tajaan berkenaan, beliau perlu kemukakan satu surat yang menyatakan tidak mendapat tajaan dari mana-mana agensi.
– Salinan Kad Pengenalan (Warganegara Malaysia)
– Salinan Passport (Warganegara Asing)
– Salinan Kad Islam atau Surat Akuan Masuk Islam
– Salinan Akaun Bank(Jika Ada)
– Laporan Peperiksaan Kesihatan(Medical Check Up)
– Gambar Bersaiz Passport(2 keping)
*NOTA : Semua dokumen diatas adalah sama jika ingin memasuki Kursus Bulanan atau Kursus Mingguan.
*NOTA : Borang permohonan boleh diperolehi di PUSBA bagi kemasukan Kursus Bulanan manakala kemasukan Kursus Mingguan boleh diperolehi di daerah yang berkenaan
PUSBA ialah sebuah Pusat Bimbingan Islam, ditubuhkan pada 08 Mac 1998. Kos pembinaan dan perbelanjaan operasinya dibiayai oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah. Pada asalnya PUSBA ditubuhkan bagi menangani gejala murtad dalam kalangan saudara baru dan orang Islam asal sebagai melaksana resolusi supaya diwujudkan sebuah pusat khusus Bagi memberi pendidikan mengenai ajaran Islam terhadap mereka. Walau bagaimanapun, berpunca daripada perubahan dan tuntutan masyarakat semasa, kini PUSBA juga berperanan sebagai pusat menyebar ajaran Islam di kalangan orang bukan Islam dan pusat pengukuhan kefahaman dan penghayatan Islam di kalangan orang Islam khususnya rakyat di Negeri Kedah.
PUSBA beroperasi di sebuah bangunan tiga tingkat bernilai RM3.16 juta di Sungai Petani sejak 1 April 1999. Lokasinya agak strategik untuk peranan yang dipertanggungjawabkan. Terdapat juga keperluan untuk mempertingkatkan operasi berikutan daripada cabaran sosial semasa yang sedang berlaku. Walau bagaimanapun, prasarana asas semasa yang ada di Pusat ini agak terhad bagi menampung peserta yang lebih ramai. Pusat ini hanya menyediakan 16 buah bilik asrama lelaki dan perempuan, 4 buah bilik kuliah, sebuah perpustakaan, dewan serbaguna, dewan makan dan surau (200 jemaah).
Tadbir urus operasi PUSBA diketuai oleh Pengetua yang bertanggungjawab kepada Lembaga Tadbir. Beliau mengetuai dua buah bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan dan Bahagian Pendidikan dan Kaunseling.
Sumber kewangan PUSBA adalah sebanyak 2 juta melalui peruntukan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)