Menguruskan penerimaan wakaf daripada orang ramai.
Mentadbir dan menjaga harta-harta wakaf agar terpelihara dengan sempurna.
Memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat tentang konsep dan amalan wakaf yang sebenar.
Meningkatkan penghayatan amalan wakaf dikalangan masyarakat demi memastikan syiar Islam terus unggul.
Memastikan harta wakaf ditadbirkan dengan baik supaya masyarakat Islam mendapat faedah dari harta wakaf.
Menyelenggarakan dan mentadbir harta wakaf dengan baik sesuai dengan fungsi Majlis sebagai pemegang amanah kesemua wakaf.
Pembahagian Wakaf terdiri daripada dua (2) iaitu :
Wakaf Am
Wakaf Khas
Wakaf Am ialah untuk tujuan kabajikan umum maslahat umat Islam
Wakaf Khas ialah untuk tujuan kebajikan yang telah ditentukan oleh pewakaf seperti wakaf anakcucu/zuriat, masjid, tanah perkuburan, sekolah agama dan lain-lain.
1. wakaf hendaklah terputus hakmilik atau sebarang tuntutan balik daripada pewakaf selepas ikrar lafaz wakaf.
2. wakaf hendaklah terdiri daripada harta-harta yang memberi manfaat.
3. wakaf hendaklah terdiri daripada harta-harta yang berkekalan ainnya.
4. wakaf hendaklah dibuat secara berkekalan tanpa dihadkan sesuatu tempoh masa.
5. wakaf hendaklah dibuat untuk tujuan kebajikan menurut hukum syarak.
Apabila seseorang ingin mewakafkan harta miliknya ke jalan Allah S.W.T. hanya perlu menyediakan beberapa perkara seperti berikut :
1. Pemohon perlu mengisi borang lafaz wakaf am/ khas di Pejabat Agama Daerah masing-masing dengan di sertakan salinan kad pengenalan, surat hakmilik tanah yang asal,resit cukai tanah dan pelan kawasan yang akan di wakafkan.
2. Setelah semua maklumat telah lengkap diisi, pemohon hendaklah melafazkan ikrar wakaf dihadapan Khadi/ Pegawai Agama Daerah masing-masing.
3. Pemohon juga perlu mengisi dan menandatangani borang 14A / 12B bagi permohonan pindahmilik tanah di hadapan pentadbir tanah Daerah yang berkenaan.
4. Kemudian pihak Pegawai Agama Daerah akan menyerahkan permohonan tersebut kepada Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk dibuat permohonan wakaf tanah dan menjadi hakmilik Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
Lafaz wakaf Oleh Dato' Frezailah Bin Che Youm mewakafkan tanah untuk Perkuburan Islam Masjid Tengku Sarafudin Badlishah Khariah Pulau Kijang Daerah Padang Terap Bagi Tujuan Maslahah Umat Islam
Lawatan Tanah Bendang oleh Pegawai Agama Daerah Kuala Muda Bersama Pewakaf Encik Ishak Yang mewakafkan tanah di Khariah Bukit Meriam
Lafaz wakaf tanah untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam Di Kampung Pengkalan Bujang Mukim Bujang Daerah Kuala Muda
Lafaz Wakaf Oleh Puan Rosemah Binti Adnan bagi Tapak Surau As-Sa'adah Kampung Siam Daerah Kulim
Lafaz Wakaf Online Untuk Pusat Pegajian Islam Di Daerah Kulim Oleh En,Azmel, En.Mohamed dan Pn. Hasenah
Alamat
Bahagian Wakaf
Majlis Agama Islam
Negeri Kedah
Bangunan Wan Mat Saman
05000 Alor Setar
Kedah Darul Aman
Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.
Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)
Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.
Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-
1. Nama: 2. No telefon: 3. Tujuan bayaran: 4. Salinan bukti bayaran
# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.