TATACARA MEWAKAFKAN TANAH
Pemohon perlu hadir ke Pejabat Agama Daerah yang berkaitan untuk urusan permohonan wakaf hartanah dengan melampirkan salinan surat hakmilik, salinan kad pengenalan, cukai tanah yang terkini dan salinan carian rasmi.
Pihak Bahagian Wakaf Pejabat Agama Daerah berkenaan akan membuat lawatan dan siasatan terperinci terhadap hartanah yang hendak diwakafkan supaya status sebenar hartanah berkenaan dapat dikenalpasti.
Pewakaf dikehendaki menyempurnakan surat cara wakaf atau surat lafaz wakaf yang disediakan oleh Bahagian Wakaf Pejabat Agama Daerah.
Bahagian Wakaf MAIK akan membuat pindahmilik hartanah di Pejabat Tanah berkaitan dan menyelesaikan urusan proses permohonan wakaf tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut, sila hubungi Bahagian Wakaf (Majlis Agama Islam Negeri Kedah) di nombor telefon seperti yang dinyatakan di bawah.
Bahagian Wakaf
Majlis Agama Islam Negeri Kedah
Bangunan Wan Mat Saman
05000 Alor Setar, Kedah
- 04- 702 6200
- maik@kedah.gov.my