Wakaf

Skim Dana
Wakaf Tunai

Hasil kutipan Skim Dana Wakaf Tunai MAIK akan dibeli ganti dengan harta kekal untuk kemaslahatan umum umat Islam

Skim Dana
Wakaf UUM

Perjanjian usahasama diantara MAIK dan UUM bagi melaksanakan kutipan Skim Dana Wakaf Tunai UUM

Skim Wakaf
Kedah Muamalat

inisiatif bersama antara MAIK dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dalam mengumpulkan dana wakaf tunai daripada orang ramai dan korporat

Kutipan Semasa Skim Dana Wakaf Tunai Bagi Tahun 2022

INFO WAKAF MAIK

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

a) Menguruskan penerimaan wakaf daripada orang ramai.
b) Mentadbir dan menjaga harta-harta wakaf agar terpelihara dengan sempurna.
c) Memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat tentang konsep dan amalan wakaf yang sebenar.
d) Meningkatkan penghayatan amalan wakaf dikalangan masyarakat demi memastikan syiar Islam terus unggul.
e) Memastikan harta wakaf ditadbirkan dengan baik supaya masyarakat Islam mendapat faedah dari harta wakaf.
f) Menyelenggarakan dan mentadbir harta wakaf dengan baik sesuai dengan fungsi Majlis sebagai pemegang amanah kesemua wakaf.

WAKAF AM & WAKAF KHAS

Pembahagian Wakaf terdiri daripada dua iaitu :

i)  Wakaf Am - untuk tujuan kebajikan umum maslahat umat Islam

ii) Wakaf Khas - untuk tujuan kebajikan yang telah ditentukan oleh pewakaf seperti wakaf anakcucu/zuriat, masjid, tanah perkuburan, sekolah agama dan lain-lain.


Klik di sini untuk keseluruhan tanah Wakaf AM dan KHAS mengikut daerah di seluruh negeri Kedah.

Klik di sini untuk keseluruhan tanah Wakaf Tapak Perkuburan Islam mengikut daerah di seluruh negeri Kedah.

RUKUN WAKAF

Rukun wakaf mempunyai 4 perkara :

1. Pewakaf ( Al Wakif)
2. Harta yang diwakaf ( Al Mauquf)
3. Penerima wakaf (Al Mauquf Alaih)
4. Lafaz wakaf (Sighah Wakaf)

KONSEP WAKAF

Konsep wakaf ada 5 perkara :

1. Wakaf hendaklah terputus hakmilik atau sebarang tuntutan balik daripada pewakaf selepas ikrar lafaz wakaf.
2. Wakaf hendaklah terdiri daripada harta-harta yang memberi manfaat.
3. Wakaf hendaklah terdiri daripada harta-harta yang berkekalan ainnya.
4. Wakaf hendaklah dibuat secara berkekalan tanpa dihadkan sesuatu tempoh masa.
5. Wakaf hendaklah dibuat untuk tujuan kebajikan menurut hukum syarak.

SEWAAN HARTANAH / PREMIS WAKAF

Sila klik untuk ke halaman Hartanah Wakaf untuk di sewa.

TATACARA BERWAKAF

Apabila seseorang ingin mewakafkan harta miliknya ke jalan Allah S.W.T. hanya perlu menyediakan beberapa perkara seperti berikut :

1. Pemohon perlu mengisi borang lafaz wakaf am/khas di Pejabat Agama Daerah masing-masing dengan di sertakan salinan kad pengenalan, surat hakmilik tanah yang asal, resit cukai tanah dan pelan kawasan yang akan di wakafkan.

2. Setelah semua maklumat telah lengkap diisi, pemohon hendaklah melafazkan ikrar wakaf dihadapan Kadi/Pegawai Agama Daerah masing-masing.

3. Pemohon juga perlu mengisi dan menandatangani borang 14A/12B bagi permohonan pindahmilik tanah di hadapan pentadbir tanah Daerah yang berkenaan.

4. Kemudian pihak Pegawai Agama Daerah akan menyerahkan permohonan tersebut kepada Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk dibuat permohonan wakaf tanah dan menjadi hakmilik Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

PROJEK PEMBANGUNAN SKIM DANA WAKAF TUNAI

SKIM DANA WAKAF TUNAI

PROJEK PEMBANGUNAN SOSIAL

Projek pembangunan sosial ini terbahagi kepada 2 iaitu yang melibatkan dana dari Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan juga dari lain-lain sumber.

PROJEK PEMBANGUNAN EKONOMI

Projek pembangunan ekonomi pula terbahagi kepada 2 iaitu yang melibatkan sumber dari dana Wakaf Tunai dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah

MUAT TURUN

Borang Permohonan Pemotongan Gaji Untuk Skim Dana Wakaf Tunai

Borang Permohonan Sewa Hartanah Premis Wakaf

PENAFIAN

Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.

PERMOHONAN BARU

BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.