ArabicEnglishIndonesianMalayThai

Pengenalan

Pada tahun 2009, Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah bersetuju untuk mewujudkan Unit Audit Dalam dalam jentera pentadbiran. Tujuan penubuhan Unit Audit Dalam bersesuaian dengan objektif Audit demi untuk mempertingkatkan lagi akauntabiliti dan ketelusan dalam operasi Majlis Agama Negeri Kedah.

Audit Dalam telah ditubuhkan sebagai satu Unit di Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan ia mula beroperasi pada bulan Januari 2011. Unit ini dianggotai oleh seorang Penolong Juruaudit Dalam yang dilantik secara rasmi pada 3 Januari 2011. Bagi menjamin beliau mempunyai kebebasan dalam menjalankan kerja audit dalaman, beliau melapor terus kepada Yang Dipertua MAIK melalui Jawatankuasa Audit MAIK.

Fungsi

  • Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi;
  • Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undangundang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa;
  • Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
  • Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
  • Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT
  • Bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan audit di Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
  • Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki kecekapan dan keberkesanan proses pentadbiran serta mencadangkan penambahbaikan dalam bidang ini dan berkaitan.

 


Dikemaskini
09/06/2021 14:40:04

 

2021 © Hakcipta Terpelihara Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi Negeri Kedah Darul Aman

Font Resize
Contrast

PENAFIAN

Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.