Objektif penubuhan TABK adalah untuk mendapatkan sumber dan hasil baru bagi Baitulmal yang berlandaskan Hukum Syara’.
Menyediakan kemudahan Alternative kepada umat Islam untuk menyertai Ibadat Wakaf mengikut kemampuan masing-masing tanpa melibatkan asset kekal.
Memberi ruang dan menggalakkan masyarakat untuk berinfaq dalam bentuk baru seperti melalui sms dan akaun bank untuk memudahkan masyarakat.
Melaksanakan kaedah pengurusan yang lebih sistematik.
Sebagai tempat rujukan, perundingan dan kaunseling kepada masyarakat.