FIDYAH DAN KAFARAH
Boleh sekiranya anak yatim tergolong dalam kategori fakir dan miskin.
Tidak perlu mengqadakan puasa bagi ibu atau ayah yang uzur, namun boleh membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkannya.
Klik disini untuk pengiraan dan pembayaran
1 gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg, dan satu cupak bersamaan 650gram (satu cupak dinilai bersamaan ¼ daripada 1 gantang Baghdad)
Harga beras bagi sukatan adalah mengikut harga pasaran semasa. Sebagai contoh, harga zakat fitrah tahun 1443H bagi satu gantang beras adalah RM7.00, Oleh itu 1 cupak (650gram) beras bagi tahun 1443H adalah RM1.75.(sumber cabutan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah 27 Julai 2015 bersamaan 11 Syawal 1436)
*Kadar Fidyah telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Baitulmal Negeri Kedah ialah sebanyak RM1.80.
Sekiranya tidak mampu berterusan, hendaklah membayar fidyah sebaik sahaja selepas Ramadhan berlalu. Jika sekiranya tidak berupaya ketika itu sahaja, kemudian selepas itu dia mampu melakukannya, hendaklah qadha puasa tersebut dan sekiranya melangkaui tahun hendaklah qadha dan membayar fidyah.
Setelah selesai mengqadha puasa si mati, ini bermakna waris sudah tidak perlu untuk membayar fidyah puasa lagi untuknya.
Perlu diingatkan supaya urusan qadha puasa tersebut perlulah dilakukan dalam keadaan seberapa segera.
- Mengikut pandangan jumhur ulamak, kafarah terbabit bukanlah pilihan tetapi ia mengikut urutan.
Jika tidak mampu menunaikan kafarah nazar mengikut urutan, maka hendaklah menunaikan pilihan berpuasa selama tiga hari.
Contohnya :
Kita rasa keberatan dan tidak mahu untuk berpuasa dua bulan berturut turut tanpa sebab yang kukuh,maka dengan mudah kita terus memberikan makan kepada 60 orang miskin.
Merujuk pada pandangan Ulamak :
Tiada perselisihan di antara Ulamak dalam mewajibkan kafarah secara tertib iaitu mendahulukan pembebasan hamba sekiranya ia tidak mampu maka wajib ia berpuasa dua bulan berturut-turut dan sekiranya ia tidak mampu berpuasa maka berilah makan kepada 60 orang fakir miskin.
Oleh itu, sekiranya pembayar Kafarah tidak mampu berpuasa dua bulan berturut-turut maka dibolehkan berpindah kepada kafarah yang seterusnya iaitu memberi makan kepada 60 orang fakir miskin. Kemampuan berpuasa itu diukur melalui kemampuan darinya yang tidak ada kekuatan untuk berpuasa secara berterusan dalam tempoh dua bulan dan diperakui doktor muslim sekiranya puasanya itu akan menjejaskan kesihatan atau tubuh badan pembayar kafarah tersebut. Maka dibolehkan berpindah kepada kafarah memberikan makan kepada 60 orang fakir miskin.
BAITULMAL
Tiada bantuan disediakan untuk pelajar menyambung pengajian di mana-mana Kolej/IPT Awam atau Swasta. Bantuan disediakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Harta Peninggalan simati : Harta lebihan faraid samada berbentuk tanah, bangunan dan wang akan menjadi hak Baitulmal dalam keadaan seperti berikut :
➣Tiada pewaris yang berhak menerimanya.
➣Pewaris telah menerima bahagian masing-masing tetapi masih terdapat baki daripada harta pusaka.
➣Hasil Harta Luqatah (harta tercicir) berupa wang atau barang-barang berharga setelah tempoh hebahan tamat.
➣Wang atau harta daripada sumber yang tidak patuh syariah.
➣Sumbangan/ Infaq Fisabilillahdaripada orang ramai untuk kemaslahatan masyarakat Islam.
Wakaf : Menyumbang harta kekal bagi tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan untuk kebajikan umat Islam. Contoh seperti mewakafkan tanah untuk tapak masjid yang kekal selama- lamanya.
Sedekah : Menyumbangkan harta/wang yangbersifat tidak kekal penggunaanya untuk tujuan kebajikan.
Contoh seperti sedekah wang ringgit kepada fakir miskin untuk kegunaan harian, makan, bayaran utiliti dan sebagainya.
Zakat : Mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.
- Perkahwinan
- Pembinaan dan baik-pulih rumah.
- Bantuan kepada Saudara Baru (Mualaf)
- Hutang (Al- Gharimin)
- Menjelaskan bil-bil yang tertunggak seperti :
- Bil Air
- Bil Elektrik
- Bil Telefon
WAKAF TUNAI
➣Islam ;
➣Baligh ;
➣Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya;
➣Harta yang hendak diwakafkan hendaklah dimiliki penuh oleh Pewakaf ;
➣Berwakaf atas kerelaan sendiri tanpa ada paksaan dari sesiapa ;
➣Ahli tabarruk (tidak diisytihar muflis/mempunyai tanggungan hutang)
- Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam. (Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10- 12 April 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu).
- Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 31 Mac 2009 telah membuat keputusan wakaf tunai harus dilaksanakan di negeri Kedah Darul Aman.
Tiada jumlah minimum atau maksimum ditetapkan untuk seseorang berwakaf.
Ya. Sesiapa sahaja boleh berwakaf walaupun bukan warganegara.
Dana wakaf akan dikumpulkan di dalam satu tabung khas dan akan disalurkan untuk tujuan kebajikan umat Islam seperti pembinaan masjid, pendidikan, tanah perkuburan, bangunan perniagaan dan pelaburan.
Orang ramai selain dari Negeri Kedah juga boleh menyumbang kepada Skim Dana Wakaf Tunai ini.
Tidak harus seorang Islam mewakafkan hartanya kepada gereja atau seumpamanya kerana ia membawa kepada perbuatan maksiat.
(al-Fiqh al-Manhaji: Bab wakaf)
Adalah harus ke atas “mauquf alaih” (orang yang menguruskan wakaf) melabur wang yang terkumpul sebelum dibeli ganti harta wakaf.
(Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman pada 31 Mac 2009 Bersamaan 4 Rabiul Akhir 1430).
Wakaf : Menyumbang harta kekal bagi tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan untuk kebajikan umat Islam. Contoh seperti mewakafkan tanah untuk tapak masjid yang kekal selama- lamanya.
Sedekah : Menyumbangkan harta/wang yangbersifat tidak kekal penggunaanya untuk tujuan kebajikan.
Contoh seperti sedekah wang ringgit kepada fakir miskin untuk kegunaan harian, makan, bayaran utiliti dan sebagainya.
Zakat : Mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.
Pusat Bimbingan Islam (PUSBA)
Ya. PUSBA merupakan salah satu bahagian di Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
Tidak. PUSBA adalah di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
Di PUSBA ada dua kategori pengajian.
Kursus Intensif 4 bulan (sepenuh masa)
Pengajian kelas mingguan khas untuk golongan muallaf yang bekerja / berumah tangga
4 bulan bagi kelas bulanan dan 2 tahun bagi kelas mingguan.
Bagi peserta yang memeluk Islam di negeri Kedah, kos pengajian ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah. Manakala bagi peserta yang memeluk Islam di negeri lain akan ditanggung oleh Majlis Agama Islam negeri tersebut.
➣Keutamaan diberikan kepada mereka yang memeluk Agama Islam di negeri Kedah
➣Semua lapisan berumur *18 hingga 60 yang telah mendaftar di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri
➣Semua kaum termasuk Cina, India, Indonesia, Kemboja, Thai, Iban, Murut, Bidayuh, Asli, Bajau dan lain-lain.
Sekiranya tuan / puan merupakan seorang muallaf maka tuan / puan boleh terus mendapatkan bimbingan di Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Negeri Kedah (PUSBA).
Ya, boleh. Dengan syarat mempunyai dokumen seperti berikut :
- Passport / visa masih belum tamat tempoh
- Mempunyai surat pengakuan pengislaman
Untuk pendaftaran, anda perlu hadir ke Pejabat PUSBA untuk mengisi borang dan menyerahkan dokumen seperti berikut:
a) Salinan kad pengenalan ATAU passport (bagi yang bukan warganegara)
b) Dokumen pengislaman daripada Jabatan Agama Islam Negeri
c) Surat tajaan daripada Majlis Agama Islam Negeri (bagi yang memeluk Islam BUKAN di negeri Kedah)
d) Memliki dokumen perjalanan yang sah bagi yang bukan warganegara Malaysia.
e) Memiliki laporan kesihatan yang sah.
f) Gambar berukuran passport.
Tempoh pengajian di PUSBA adalah selama empat bulan dan peserta perlu tinggal di asrama yang disediakan serta menghabiskan pengajian untuk mendapatkan Sijil Tamat Kursus.
Boleh. Tiada halangan kepada muallaf bujang atau berumah tangga untuk mengikuti pengajian ini.
Tidak. PUSBA hanya sebuah pusat pendidikan sahaja. Bantuan lain perlu dirujuk kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-
Pengetua
Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (PUSBA),
Jalan Pegawai, 08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
Telefon : 04-4258561 / 04-4203563
Faksimili : 04-4258226
E-mail : pusba_hq@yahoo.com
09/06/2021 15:28:14
Media Sosial MAIK
Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel: +604 – 702 6200 Fax: +604 – 702 6201
Email: maik[at]kedah[dot]gov[dot]my
2021 @ Hak Cipta Terpelihara Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman Dengan Kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi Negeri Kedah Darul Aman