PUSBA adalah nama singkatan daripada Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
FUNGSI PUSBA
1. Menganjur kursus asas kefahaman Islam selama 4 bulan kepada saudara baru.
2. Mengukuhkan kefahaman dan penghayatan Islam dikalangan saudara baru khususnya dan masyarakat Islam amnya.
3. Menawarkan program dan aktiviti mengenai kefahaman Islam kepada sasaran tertentu serta semua yang ingin mengetahui dan mempelajari Islam secara lebih mendalam.
4. Memberi bimbingan dan nasihat kepada bakal-bakal saudara baru dan saudara baru yang telah memeluk Islam tentang kemantapan , kefahaman dan penghayatan Islam.
Sesi Pertama : Januari - April
Sesi Kedua : Mei - Ogos
Sesi Ketiga : September - Disember
2. Kursus mingguan di 8 buah daerah
- Kuala Muda : PUSBA Sungai Petani
- Kulim : Bangunan Zakat Kulim
- Baling : Bangunan Baitulmal No 11, Jalan Liku Baling
- Pendang : SMA Islah, Pendang
- Kubang Pasu : Madrasah Mustafawiyah, Tanjung Kapur Jitra
- Kota Setar : Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar
- Padang Terap : Masjid Tengku Sarafuddin Badlishah, Pulau Kijang
- Langkawi : Bangunan Cikgu Abdul Halim, Pekan Kelibang
Pendaftaran kemasukan boleh terus "walk in" ke tempat pengajian yang dinyatakan.
Memeluk Islam Di Negeri Kedah
- Salinan Kad Pengenalan (Warganegara Malaysia)
- Salinan Passport (Bukan Warganegara)
- Salinan Kad Islam
- Salinan Akaun Bank
- Laporan Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check Up)
- Gambar bersaiz passport (2 keping)
Memeluk Islam Di Negeri Lain
- Surat tajaan yuran pengajian dari Pejabat Agama Daerah bagi negeri masing-masing
- Salinan Kad Pengenalan (Warganegara Malaysia)
- Salinan Passport (Bukan Warganegara)
- Salinan Kad Islam
- Salinan Akaun Bank
- Laporan Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check Up)
- Gambar bersaiz passport (2 keping)
Anggota Unit Beruniform (ATM, PDRM dan lain-lain)
- Surat permohonan untuk mengikuti pengajian di PUSBA
- Salinan Kad Pengenalan (Warganegara Malaysia)
- Salinan passport (Bukan Warganegara)
- Salinan Kad Islam
- Salinan Akaun Bank
- Laporan pemeriksaan kesihatan (Medical Check Up)
- Gambar bersaiz passport (2 keping)
2. Kursus Mingguan :
- Salinan Kad Pengenalan (Warganegara Malaysia)
- Salinan passport (Bukan Warganegara)
- Salinan Kad Islam
- Salinan Akaun Bank
- Gambar bersaiz passport (2 keping)
Majlis Hari Raya, Majlis Berbuka Puasa, Sambutan Maal Hijrah, Sambutan Maulidur Rasul, Praktikal Penyembelihan Ayam.
- Lawatan
Mengadakan lawatan sambil belajar di sekitar negeri Kedah dan luar negeri Kedah pada setiap penghujung kursus intensif 4 bulan.
- Khemah Ibadah
Mengadakan kursus khemah ibadah pada setiap penghujung sesi sebagai kemuncak program kursus intensif 4 bulan.
- Bantuan Wang Saku Pendidikan
Bekas pelajar PUSBA yang melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPTA/IPTS, pondok atau madrasah akan diberi wang saku pendidikan sebanyak RM200.00 sebulan.
- Saguhati Pengantin Baru
Bakal pengantin saudara baru yang pernah belajar di PUSBA akan diberi wang saguhati pengantin sebanyak RM1,000.00 seorang.
Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.
Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)
Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.
Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-
1. Nama: 2. No telefon: 3. Tujuan bayaran: 4. Salinan bukti bayaran
# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.