Alih Bahasa:

Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul halim Mu'adzam Shah (PUSBA)

Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul halim Mu'adzam Shah (PUSBA). Sejarah penubuhan Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) bermula apabila satu jawatankuasa bagi menangani gejala murtad dikalangan saudara baru telah membuat resolusi dengan mencadangkan satu pusat khusus diwujudkan bagi memberi pendidikan tentang ajaran Islam kepada saudara baru. Mesyuarat Majlis telah bersetuju untuk menubuhkan Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) pada 8 Mac 1998 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 April 1999. Mesyuarat Majlis juga telah melantik Ahli Lembaga Tadbir PUSBA bagi melicinkan perjalanan pentadbiran PUSBA. Pada tahun 1999 hingga bulan September 2005, operasi pentadbiran PUSBA ditempatkan dibangunan kepunyaan Masjid Sultan Muzaffar Shah dan 2 kuarters bersebelahan Masjid Sultan Muzaffar Shah telah digunakan untuk dijadikan asrama peserta lelaki dan perempuan, serta satu ruang dijadikan pejabat pentadbiran dan bilik kuliah untuk pengajian.

Kerajaan Negeri Kedah telah memberikan sebidang tanah seluas 1.6 hektar sebagai tapak tetap PUSBA bersebelahan dengan Kem 6 Briged di Sungai Petani. Projek pembinaan bangunan baru PUSBA ini telah bermula pada 21 April 2003 dan telah siap sepenuhnya pada 14 Mei 2005 dengan kos sebanyak RM3,226,721.70 yang menggunakan peruntukan dari Jabatan Zakat Negeri Kedah.

Pada bulan Oktober 2005 pentadbiran PUSBA telah berpindah ke bangunan baru di Lot 2, Mukim Sungai Petani bersebelahan dengan Kem 6 Briged, Jalan Pegawai, Sungai Petani. Pada tahun 2007, nama Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) telah ditukarkan kepada Pusat Bimbingan Islam (PUSBA). Pada 12 Ogos 2008, Pusat Bimbingan Islam PUSBA dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman dan telah ditukarkan nama kepada Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Logo yang digunakan adalah logo berkonsepkan“Pucuk Rebung”.

Bangunan baru ini boleh menempatkan 128 peserta dengan disediakan kemudahan-kemudahan yang selengkapnya seperti berikut :- Surau, Dewan makan, Asrama Lelaki & Perempuan, Bilik warden Lelaki & Perempuan, Bilik perpustakaan, Bilik rekreasi Lelaki & Perempuan, Bilik Kuliah, Bilik Pengetua, Ruang Pentadbiran, Bilik mesyuarat, Bilik kaunseling, Dewan, Padang Badminton dan lain-lain.


Dikemaskini
09/12/2021 10:21:23

2021 © Hakcipta Terpelihara Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi Negeri Kedah Darul Aman

PERMOHONAN BARU

000000-00-0000
000-000000
BAYARAN PERMIT PEGUAM SYARIE

Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.

Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-

1. Nama:
2. No telefon:
3. Tujuan bayaran:
4. Salinan bukti bayaran

# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.