Pengurusan Baitulmal
- Meluluskan permohonan sewaan tanah Baitulmal dalam masa 2 minggu selepas permohonan lengkap diterima.
- Memproses borang 14A dalam tempoh 2 minggu selepas menerima bayaran penuh daripada pembeli.
- Memproses pembelian tanah pangguan Baitulmal daripada pemohon dalam tempoh 2 minggu selepas menerima nilaian semasa.
- Memproses permohonan bantuan dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan lengkap diterima.
- Memproses bantuan kecemasan dalam masa 30 minit selepas permohonan diterima.
- Mengurus permohonan bantuan pembaikan masjid dan surau dalam tempoh 45 hari selepas permohonan diterima.
- Memberi layanan dan khidmat nasihat mengenai skim-skim Tabung Amanah Baitumal Kedah kepada pelanggan dalam masa 30 minit.
- Menerima bayaran dan mengeluarkan resit dalam tempoh 15 minit.
Pengurusan Wakaf
- Memproses permohonan wakaf melalui proses perletakhakkan melalui seksyen 416C Kanun Tanah Negara dalam tempoh masa 2 bulan selepas permohonan diterima.
- Memproses permohonan wakaf melalui borang 14A dalam tempoh 2 bulan.
- Mengemukakan permohonan tanah kerajaan kepada Pejabat Tanah Daerah dalam tempoh 1 bulan selepas permohonan diterima.
- Memproses pengambilan tanah mengikut prosedur dalam tempoh 2 tahun.
- Memanjangkan permohonan penyewaan tanah kepada Syarikat Pengurusan Izzah Sdn. Bhd. dalam tempoh masa 1 minggu selepas permohonan diterima.
- Memproses permohonan pengeluaran hasil wakaf khas dalam tempoh 2 minggu selepas menerima permohonan.
- Menyediakan laporan tanah selepas lawatan tapak dibuat dalam masa 1 minggu.
09/06/2021 15:28:14
Media Sosial MAIK
Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
Bangunan Wan Mat Saman, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel: +604 – 702 6200 Fax: +604 – 702 6201
Email: maik[at]kedah[dot]gov[dot]my
2021 @ Hak Cipta Terpelihara Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman Dengan Kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi Negeri Kedah Darul Aman