Berikut merupakan senarai Projek Pembangunan Sosial yang sedang dibangunkan dan masih dalam perancangan hasil daripada sumbangan orang ramai untuk Skim Dana Wakaf Tunai
Memandangkan kebanyakan sumbangan yang diterima adalah secara atas talian, MAIK telah mengambil inisiatif dengan membuat penambahan beberapa saluran lagi untuk mempermudahkan orang ramai yang ingin menyumbang.
Antara penambahan saluran yang disediakan selain daripada FPX (Secara atas talian) adalah melalui penggunaan aplikasi JomPay dan DuitNow. Dengan menggunakan aplikasi ini, penyumbang boleh membuat pilihan masjid yang ingin disumbang dengan hanya mengimbas QR yang disediakan pada setiap masjid dibawah.
Majlis Agama Islam Negeri Kedah menerima bayaran Permit Peguam Syarie melalui cek dan pindahan wang secara elektronik atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH No Akaun 02011010000370 (Bank Islam Malaysia Berhad)
Jika pembayaran melalui cek mestilah diserahkan ke pejabat Majlis Agama Islam Kedah dan Cek di buat atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH.
Sebarang pembayaran atas talian mestilah di E-Mel ke maik@kedah.gov.my beserta butiran seperti berikut :-
1. Nama: 2. No telefon: 3. Tujuan bayaran: 4. Salinan bukti bayaran
# Sila hubungi Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk sebarang pertanyaan.